Sunday, May 31, 2020

TINDAKAN SEGERA

Salam, semua.

Setakat ini ada tiga perkara segera.

1. Pengesahan SKT PYD oleh PPP yang perlu disiapkan selewat2nya 31 Mei 2020. Rujuk mesej Pengarah BKP di atas.

2. Pembayaran bantuan RM200 setiap pelajar bagi pelajar yang belum menerimanya kerana pelbagai sebab, contohnya pelajar tiada akaun dan tidak dapat dihubungi. Ini juga sepatutnya selesai pada 31 Mei 2020. Senarai Politeknik dan Kolej Komuniti yang masih belum selesai adalah dilampirkan di bawah. Dipohon tindakan dari yang berkenaan.

3. Pakej Rangsangan Ekonomi RM10 juta kepada Politeknik. Dipohon ambil tindakan seperti mesej dari Bhg Pembangunan di bawah.

Perkara 2

Jabatan melalui surat KPM bertarikh 14 April 2020 telah diluluskan peruntukan sebanyak RM18,182,000 bagi bayaran BPN RM200 kepada pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti yang layak berjumlah 90,910 orang. Daripada jumlah tersebut, pembayaran telah dibuat kepada 86,423 pelajar dengan perbelanjaan terlibat sebanyak RM17,284,600.

Peruntukan berjumlah RM897,400 bagi bayaran kpd baki 4,487 pelajar yang masih belum menerima bantuan telah disalurkan kepada pihak YBrs. Dr./tuan/puan melalui subwaran bertarikh 27 Mei 2020 yang mana perinciannya adalah seperti di LAMPIRAN A.

3. Sehubungan itu, pihak YBrs. Dr./tuan/puan adalah dipohon untuk melaksanakan pembayaran kepada baki pelajar yang masih belum menerima bantuan tersebut selewat-lewatnya pada 31 Mei 2020 selaras dengan keputusan Mesyuarat Post Cabinet KPT Bil.10.2020 bertarikh 20 Mei 2020.

Perkara 3

Sebanyak RM10.0 juta telah diperuntukan kepada JPPKK bagi tujuan pelaksanaan projek-projek kecil melibatkan aktiviti membaik pulih dan naik taraf bangunan kampus. Sehubungan dengan itu, pihak tuan adalah dimohon untuk memastikan pelaksanaan projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur berdasarkan perkara seperti berikut:

3.1 Mewujudkan akaun pengguna secara atas talian melalui sistem MyGPIS di alamat sesawang https://mygpis.treasury.gov.my/;

3.2 Mengunci masuk maklumat pelawaan kerja di sistem MyGPIS bagi membolehkan pihak MOF mengiklankan maklumat kerja yang ditawarkan oleh pihak JPPKK di portal MyProcurement (MOF); dan

3.3 Memastikan tatacara perolehan bagi projek PRE yang berkaitan dilaksanakan berdasarkan kepada tatacara yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan antaranya seperti berikut:

      i. Garis Panduan Paparan Iklan Bagi Perolehan Kerja Requisition Secara Undian dan Sebut Harga Bagi Pelaksanaan Perolehan atau Projek Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bertarikh 20 Mei 2020;

      ii Kesegeraan Pelaksanaan Projek-Projek Kecil Pakej Rangsangan Ekonomi Tahun 2020 bertarikh 19 Mei 2020; dan

      iii. PK 2.2- Kaedah Pelaksanaan Perolehan/Projek Kerajaan Tahun 2020 (Kuat Kuasa 23 April 2020).

4. Untuk makluman tuan jua, proses penyaluran peruntukan PRE Prihatin ini dalam tindakan penyelarasan Bahagian Kewangan KPT bersama MOF dan akan dilaksanakan setelah isu teknikal berkaitan Penjenisan Kod Hasil dan Perbelanjaan kepada JPPKK ini diselesaikan.

5. Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan di dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

AHMAD SHAIZAQ BIN GHANI™
Bahagian Pembangunan
Kementerian Pengajian Tinggi

Saturday, April 4, 2020

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB


PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tuan/Puan,

Pihak JPPKK memohon jasabaik tuan/puan untuk mengemaskini data pelajar mengikut kategori sehingga tarikh pelaporan pada 31 Mac 2020 bagi tujuan PRE Prihatin 2020. Pengemaskinian perlu dibuat sebelum jam 2.00 petang hari ini.

Sebagai persediaan awal, tuan/puan  juga dipohon untuk menyediakan senarai nama berdasarkan jumlah pelajar yang dilaporkan mengikut templete yang akan diedarkan dalam masa terdekat. Bagi data politeknik, mohon bekalkan no kp, nama no matrik pelajar aktif yang dinyatakan ke encik_khairul@hotmail.com atau mdkhairul.alwi@moe.gov.my sebelum 6 April 2020.

Kerjasama dan tindakan pantas dari pihak tuan amat kami hargai. Terima kasih.

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI

SOALAN LAZIM